KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat, 30 Jun ini.
Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Yahaya Ali memaklumkan kepada Bernama, wakilnya telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Muhammad Salahuddin Salleh, semalam.
Susulan pembubaran itu, bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Pembubaran hari ini diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin selepas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap dan mempersembahkan tarikh cadangan pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini, semalam.
Selain Terengganu, dua lagi DUN iaitu Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan secara rasmi hari ini, manakala DUN Kelantan dan Selangor masing-masing telah dibubarkan secara rasmi pada 22 dan 23 Jun lepas.
Hari ini Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran DUN, negeri terakhir bagi enam negeri yang akan berhadapan PRN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kerajaan Negeri Terengganu dibentuk oleh Pas, selepas parti itu berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi iaitu Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.
PKR yang turut sama ke gelanggang PRU14 di Terengganu, bagaimanapun gagal memperoleh sebarang kerusi daripada kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi.
Pada PRU14, beberapa kerusi DUN memperlihatkan persaingan sengit antara dua parti dominan di Terengganu iaitu Pas dan Barisan Nasional (BN) apabila majoriti diperoleh sangat tipis dengan majoriti paling tipis di DUN Ajil yang menyaksikan calon Pas Maliaman Kassim menewaskan Dr Ghazali Taib (BN) dan Zamani Mamat (PKR) dengan hanya majoriti empat undi.
Bagi kerusi DUN Bukit Besi pula, Roslee Daud (BN) juga menang tipis dengan majoriti 46 undi, mengalahkan calon Pas Ghazali Sulaiman dan Mohamad Arif Arifin (PKR) manakala bagi DUN Jabi, calon Pas Dr Azman Ibrahim menang dengan majoriti 55 undi menewaskan Mohd Iskandar Jaafar (BN) dan Aziz Abas (PKR).
Selepas disahkan menang selesa 22 kerusi DUN Terengganu, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang diangkat sebagai Menteri Besar ke-15, menggantikan ADUN Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN).
Ahmad Samsuri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 10 Mei 2018 di hadapan Sultan Mizan sebelum memulakan persidangan DUN pertama pada 1 Julai 2018.
Tidak seperti negeri-negeri lain, Terengganu menyaksikan tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang penggal ini, sama ada disebabkan ADUN meninggal dunia, lompat parti atau meletakkan jawatan baik daripada blok kerajaan negeri mahupun pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Pada PRU14, beberapa kerusi DUN memperlihatkan persaingan sengit antara dua parti dominan di Terengganu iaitu Pas dan BN apabila majoriti diperoleh sangat tipis. - Gambar fail
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Berita terkini berhubung kejadian jam 2.45 pagi tadi di mana dua anggota polis maut diserang suspek yang dipercayai anggota JI.
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.
Kerajaan Persekutuan diminta teruskan kerjasama baik dengan Terengganu - Pas
Kerajaan Persekutuan boleh dianggap 'bapa' yang masih perlu beri bantuan dan perhatian kepada negeri-negeri yang dianggap sebagai 'anak'.
Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua hari ini.
Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin
Raja Kamarul Bahrin meluahkan rasa kecewa apabila gabungan PH-Barisan Nasional (BN) gagal memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri
Walaupun Terengganu tiada wakil parti pembangkang yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan, ia bukan halangan untuk mewujudkan jalinan kerjasama secara baik.
Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'
Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) yang akan berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
[RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.
PRN: Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain
Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kad pengenalan (MyKad) digunakan individu lain di pusat mengundi di Marang dan Kuala Terengganu.